Skip to main content

Bola Sepak

Langkawi Cup Nostalgia 1993 himpun legenda bola sepak sempena Hari Kemerdekaan ke-69

Kedah

Pulau Langkawi bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air apabila beberapa legenda yang pernah mewarnai era kegemilangan bola sepak Malaysia dan Singapura akan berhimpun dalam kejohanan istimewa, Langkawi Cup Nostalgia 1993 sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 pada 29 Ogos depan.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Datuk Zuraidi Rahim sebagai usaha mengangkat semula sejarah bola sepak era 1990-an, di samping menyemarakkan semangat patriotik dan perpaduan melalui sukan.

Advertisement

Antara legenda yang dijangka memeriahkan kejohanan ini ialah Olumide Adigun, Jang Jung, Abbas Saad, V. Sundramoorthy dan Faridzuan Che Hamid,Fandi Ahmad, Alister Edward dan Tibor Zaban.

Menurut Zuraidi, penganjuran kejohanan ini bukan sekadar perlawanan persahabatan, tetapi satu penghargaan kepada jasa legenda bola sepak yang pernah mencipta sejarah serta mengeratkan hubungan antara generasi lama dan baharu.

“Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-69, kami mahu menyatukan rakyat melalui bola sepak dan menghidupkan semula kenangan indah era kegemilangan sukan ini,” katanya.

Selain aksi di padang, pengunjung juga berpeluang bertemu legenda bola sepak, mendapatkan tandatangan dan bergambar bersama pemain yang pernah menjadi idola mereka.

Langkawi Cup Nostalgia 1993 dijangka bukan sahaja menggamit nostalgia peminat, malah turut memberi impak positif kepada sektor pelancongan Langkawi dengan kehadiran pengunjung daripada seluruh negara serta negara jiran.

Kejohanan ini menjadi simbol bahawa semangat perpaduan, patriotisme dan kecintaan terhadap bola sepak akan terus mekar dalam jiwa rakyat Malaysia.

Must Watch Video